Wednesday, March 4, 2015

Hazama Bersikap Sombong?

Penyanyi Hazama berasa pelik apabila dikatakan mula bersikap sombong dan tidak mengetahui bagaimana ada pihak yang melabelnya seperti itu.


Hazama Bersikap Sombong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 31, berkata, dia tidak pernah merasakan dirinya terlalu hebat sehingga sanggup bersikap demikian terhadap orang lain.

    “Saya cukup terkejut apabila didakwa sedemikian dan pada masa sama berasa pelik kerana saya tidak pernah bersikap seperti mana didakwa.

    “Malah rasanya saya dikenali sebagai peramah dan mudah mesra dengan orang lain.

    “Jika benar saya seorang yang sombong pasti temu bual ini pun saya tidak akan layan,” katanya kepada mStar Online.

Hazama bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Sampai Mati. Dalam pada itu, Hazama berkata, dia tidak mahu memikirkan soal berkenaan kerana tidak mampu menilai dirinya sendiri.

Baginya, rakan-rakan terdekat mengetahui sifat sebenarnya dan menganggap pihak yang menyebarkan kononnya dia semakin sombong mempunyai masalah peribadi dengannya.

Hazama Bersikap Sombong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,


    “Dari dulu sampai sekarang sama sahaja namun terpulang kepada orang lain yang ingin menilai kerana saya tidak mempunyai kuasa tentang perkara itu.

    “Barangkali pihak yang mendakwa itu mempunyai masalah peribadi dengan saya atau dia memang tidak sukakan saya,” katanya.

Malah kata Hazama, sepanjang melibatkan diri dalam industri seni suara dia belum pernah mendapat rungutan tentang sikapnya.

Dalam perkembangan lain, Hazama berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Sampai Mati yang juga akan menjadi lagu tema sebuah drama bersiri di TV3.

Sumber : gosipmalaysia.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →