Thursday, March 5, 2015

Julia Ziegler Mahu Naik Pelamin Tahun Depan

“Melihat teman-teman artis lain menukar status daripada bujang menjadi isteri dan suami orang hati saya juga teringin untuk mendirikan sebuah keluarga” . Itulah kata-kata pelakon berwajah Pan Asia ini, Julia Ziegler yang berhasrat mendirikan rumah tangga tahun depan.


Julia Ziegler Mahu Naik Pelamin Tahun Depan, info, terkini,  hiburan, sensasi, gosip, julia ziegler,

Julia berkata mungkin tiba waktunya untuk dia mendirikan rumah tangga, namun dia harus menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

    “Kalau jodoh saya sampai awal jadi awal la saya berkahwin. Siapa yang tidak teringin hendak berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Sebelum ni saya merancang untuk berkahwin tahun ni tapi nampaknya rancangan saya bakal di bawa ke tahun depan. Sebab kita merancang tapi ALLAH yang menentukan.

    “Umur saya semakin tahun semakin meningkat jadi tiba masanya saya memikirkan untuk mendirikan rumah tangga dan menguruskan rumah tangga,” katanya.

Mengakui sudah mempunyai calon pilihan, Julia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut. Pernah dikatakan bercinta dengan seorang usahawan yang juga merupakan kenalan sejak lapan tahun lalu, Julia berkata, dia sangat mengharapkan sesuatu yang indah dalam hubungannya bersama si dia yang sedang bertakhta di hatinya.

Julia Ziegler Mahu Naik Pelamin Tahun Depan, info, terkini,  hiburan, sensasi, gosip, julia ziegler,

Baguslaa kalau macam tu, tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik. Harap apa yang dirancang menjadi namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang sebaliknya Allah yang menentukan.

Sumber : gosipmalaysia.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →