Thursday, March 5, 2015

Shila Amzah Digam Stesen TV China

Lama juga tak siarkan cerita dan perkembangan terkini mengenai penyanyi Shila Amzah. Hari ini terbaca pula berita yang kurang menarik mengenai beliau. Ada sumber  mendakwa Shila Amzah digam stesen TV China. Benarkah?


Shila Amzah DIgam Stesen TV China , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shila amzah


Memetik beberapa sumber info, bapa kepada Shila Amzah iaitu ND Lala telah tampil beri penjelasan mengenai isu tersebut. Jelasnya dalam kenyataan itu info itu tidak benar dan mungkin orang yang menyebarkan perkara ini agenda tersendiri (menjatuhkan Shila?).

“Bagi saya, semua orang mempunyai kebebasan untuk berkata-kata. Contohnya ketika insiden MH370 tahun lalu, ramai orang kata Shila tidak diterima di China sedangkan kami dilayan sangat baik. Begitu juga dengan perkara ini. 

Kami akan bertolak ke China lusa ini (Sabtu) untuk mengadakan persembahan di Beijing TV. Kadang-kala orang yang menyebarkan perkara ini, mereka ada agenda tersendiri. Lagipun perkara sebegini bukan perkara baru. Usaha yang lebih terarah kepada perkara negatif ini sudah lama berlaku,” katanya dipetik laporan dari sebuah blog.

Dalam pada itu, ND Lala juga memberitahu bahawa Shila kini berada di Sarawak untuk membuat persembahan.

Sumber : ammboi.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →