Friday, March 20, 2015

Tampil Berhijab, Zulin Aziz Beri Baju Lama Pada Kawan

Selepas aktres Rozita Che Wan dan Elfira Loy tampil dengan imej berhijab, pengacara dan pelakon Zulin Aziz, 26, juga kini muncul dengan penampilan baru bermula minggu lalu. Tampil manis mengenakan tudung, Zulin kini sedang menyesuaikan diri dengan imej terbarunya.


Tampil Berhijab, Zulin Aziz Beri Baju Lama Pada Kawan, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bertudung, zulin aziz

"Alhamdulillah, sudah tiba masanya untuk saya berhijab. Saya berharap agar semua dapat mendoakan saya dan semoga semuanya lebih baik dari yang sebelumnya," ujar peserta rancangan realiti Pilih Kasih ini.

Ditanya mengenai pakaian lama yang kurang sesuai dengan imej barunya, Zulin bercadang untuk menyerahkan pakaian tersebut kepada rakan-rakannya.

“Bercakap mengenai penampilan terbaru, saya menyesuaikan pakaian yang ada dengan imej terbaru saya. Nasib baik saya ada banyak baju lengan panjang, jadi saya masih lagi boleh memakai apa yang ada dalam koleksi simpanan saya. Jika ada pakaian lama saya yang kurang sesuai dengan imej berhijab, saya serahkan kepada kawan-kawan saya sahaja,” kata pengacara rancangan ‘Diva’ ini.

Mengulas mengenai drama-drama dan rancangan yang menampilkan dirinya dengan imej lama masih lagi ditayangkan di kaca televisyen, pemilik nama penuh Farah Azleenda Abdul Aziz ini mempunyai prinsip tersendiri.

“Bagi saya, perkara yang lepas biarlah lepas. Kalau lakukan carian Google mengenai saya pun, pastinya akan ada gambar saya yang tidak bertudung keluar di sana. Ada juga drama dan program yang menampilkan saya semasa belum berhijab menunggu masa untuk ditayangkan. Walaupun tampil dengan imej baru, saya tetap akan menyokong dan mempromosikan produk-produk tersebut kerana itu merupakan komitmen kerjaya saya,” katanya lagi.

Sumber : murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →