Tuesday, March 17, 2015

Uqasha Senrose Nafi Bercinta Dengan Tunang Nina Iskandar

Uqasha Senrose sebelum ini digosipkan sudah dirisik oleh seorang anak hartawan yang juga masih lagi bergelar tunang kepada seorang pelakon. Sudah tentu, mendengar khabar angin tersebut ramai yang ingin tahu siapakah jejaka tersebut. Rupa-rupanya, lelaki tersebut merupakan tunang kepada Nina Iskandar.


Uqasha Senrose Nafi Bercinta Dengan Tunang Nina Iskandar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, nina iskandar, uqasha senrose

Didakwa sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki bernama Ahmed Haiqal, Uqasha bagaimanapun menepis gosip mereka sedang bercinta dan meminta agar pihak yang menyebarkan berita ini memberikan bukti atas tuduhan tersebut.
    Saya pernah berjumpa dengan tunang Nina itu empat tahun lalu kerana dia adalah kawan kepada kawan saya dan kami tidak pernah bercakap atau berjumpa lagi selepas itu.

    Apa yang boleh saya katakan adalah kami berdua tidak mempunyai sebarang hubungan dan saya merayu kepada pihak yang menuduh saya untuk memberikan bukti sama ada dari segi ‘text’ atau gambar. Tidak adil untuk mendakwa tanpa sebarang bukti.

Walaupun tidak rapat dengan Nina Iskandar, Uqasha tidak mahu perkara ini terus berlanjutan dan tidak mahu bermasam muka dengan pelakon berasal daripada Brunei itu.
    Saya tidak mahu gosip ini memberikan kesan kepada hubungan saya dan Nina. Walaupun kami tidak rapat namun saya tidak mahu gosip ini membuatkan saya dan Nina bermasam muka.

    Tiada apa yang ingin saya sorokkan jadi saya memilih untuk menegakkan kebenaran. Jika boleh saya pun tidak mahu membesarkan isu ini tetapi saya perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.


Uqasha Senrose Nafi Bercinta Dengan Tunang Nina Iskandar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, nina iskandar, uqasha senrose

Siapa yang sanggup digelar perampas tunang orang  bukan? Eloklah perkara sudah dijelaskan sekarang dan tidak berpanjangan. Masalah yang dihadapi oleh Nina Iskandar dan Ahmed Haiqal biarlah mereka sahaja yang tahu dan selesaikan. Orang cantik, memang selalu kena gosip lebih-lebih lagi jika masih berstatus solo.

Sumber Berita: Berita Harian

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →