Wednesday, May 27, 2015

Lufya Omar Tidak Lagi Jadi Penyanyi Kerana Berhijab

Penyanyi Lufya Omar nekad meninggalkan bidang nyanyian selepas berhijrah dan mengenakan hijab sejak Februari lalu.


Lufya Omar Tidak Lagi Jadi Penyanyi Kerana Berhijab

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 30, berkata, dia  telah memikirkan secara mendalam berhubung keputusannya itu dan menganggap ia adalah tindakan terbaik.

"Bukan kecewa terhadap industri tetapi ia adalah kehendak saya sendiri dan saya sudah berfikir semasak-masaknya sebelum nekad membuat keputusan itu.

"Saya ada sebab tersendiri tetapi tidak perlu rasanya saya sebut secara umum," katanya kepada mStar Online.

Lufya sebelum ini pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-enam pada tahun 2008.

Tambahnya lagi, perancangan untuk tampil dengan lagu terbaharu juga dibatalkan dan hanya akan memfokuskan kariernya terhadap bidang lakonan.

"Saya akan terus berlakon tetapi akan lebih selektif terhadap tawaran diberikan agar bersesuaian dengan imej saya," ujarnya.


Lufya Omar Tidak Lagi Jadi Penyanyi Kerana Berhijab

Dalam pada itu, Lufya menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil keputusan untuk berhijab kerana bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.

Jelas Lufya, penghijrahannya itu tidak ada kena mengena dengan perkara itu sebaliknya ia dilakukan atas kesedaran diri sendiri.

"Tidak benar dakwaan itu tetapi jujurnya saya tergerak hati untuk menutup aurat selepas terkesan dengan pelbagai bencana menimpa negara kita sejak akhir-akhir ini.

"Ia menyedarkan saya bahawa kehidupan ini singkat dan Alhamdulillah sejak bertudung saya lebih tenang berbanding sebelum ini," jelasnya. - mstar

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →