Mungkin kerana sudah terlalu lali membawa watak yang hampir sama, Aiman Hakim melalui Utusan Malaysia semalam mengakui bahawa dia juga penat dari segi mental kerana membawakan watak yang hampir sama malah turut melemahkan motivasinya sebagai pelakon.
“Penat dari segi mental. Apabila dapat skrip yang hampir sama, motivasi sebagai seorang pelakon jadi lemah sebab kita tahu yang kita akan buat benda yang sama sampaikan dialog juga sudah boleh diramal. Balik-balik cerita sama,” katanya.
Selain turut mengakui peluangnya untuk mendapat skrip yang lebih baik agak terhad, dia terpaksa menerima keadaan itu dan mengalihkan pandangan penonton menerusi cara lakonan di layar televisyen selain menyifatkan kualiti adalah lebih pentuing daripada kuantiti.
“Saya tak mahu skrip yang ada bersepah-sepah dalam pasaran tapi cerita benda yang sama, asyik fokus kahwin, kahwin, kahwin! Umpama memperlihatkan yang orang Melayu ini tak fikir fasal hal lain selain kahwin. Padahal banyak lagi isu yang boleh diangkat untuk dijadikan sebuah drama yang bagus,” katanya.
Dalam masa yang sama, kekasih kepada Fathia Latiff ini juga pernah menghasilkan skrip namun tidak diterima kerana tidak sesuai untuk dijual bagi memenuhi kehendak penonton. Aiman akui dia perlu tampil membawa watak yang sama dengan cara yang lebih segar bagi mengelakkan penonton bosan. - rotikaya