Tuesday, June 23, 2015

Atikah Suhaime Dedah Gambar Kekasih!

Seperti artis lain, Atikah Suhaime turut tidak terkecuali dilanda gosip hangat. Bukan namanya artis kalau diri tidak kena tempias gosip, tak gitu?


Atikah Suhaime Dedah Gambar Kekasih!

Apa yang dilihat sebelum ini Atikah Suhaime tidak pernah bercerita mengenai apatah lagi berkongsi kisah peribadinya di laman sosial.

Namun dek kerana sekeping gambar yang dimuat naik menerusi laman instagram miliknya bersama seorang lelaki telah menjerat dirinya untuk berbuka mulut berbicara mengenai perkara tersebut.


Atikah Suhaime Dedah Gambar Kekasih!

Menurut Atikah Suhaime, beliau tidak sengaja untuk memuat naik gambar tersebut. Tambahnya lagi gambar tersebut diambil secara spontan ketika beliau keluar bersama kawan-kawannya.

    “Memang saya tidak sengaja muat naik gambar-gambar itu. Tujuan saya bukan untuk dedahkan siapa dia. Ia diambil sewaktu keluar ramai-ramai dengan kawan.

    “Saya letak dalam Instagram dan tidak ada kapsyen yang spesifik. Tapi kalau ada yang bertanya saya tidak menafikan. Pada yang tahu, tahu, pada yang tidak tak apalah.


Demi menghormati karier lelaki tersebut, Atikah mengambil keputusan untuk tidak mahu mengaitkan namanya dalam situasi yang berlaku.

    “Apa pun saya menghormati karier dia dan kalau boleh saya tidak mahu heret dia dalam situasi saya. Kami ada ibu bapa dan keluarga yang perlu didahulukan. Ia sekadar hubungan rapat dan tidak ada ikatan yang rasmi,” katanya ketika dihubungi Zass.

Atikah dalam pada itu ketika ditanya mengenai kerjaya kekasihnya itu sebagai juruterbang bagaimanapun enggan memberi komen lebih lanjut sebaliknya lebih selesa mengunci mulut mengenai kerjaya teman lelakinya itu.

Beliau dalam pada itu meminta agar perkara ini tidak diperbesarkan memandangkan mereka berdua masih tiada ikatan rasmi.

    “Saya harap perkara ini tidak diperbesar-besarkan. Macam yang saya kata selagi tidak ada ikatan rasmi rasanya saya tak perlu ulas lanjut,” katanya. - gosipmalaysia

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →