Tuesday, July 28, 2015

Aeril Zafrel Sedia Pindah Ke Indonesia

Pelakon Aeril Zafrel yang ditemui semasa majlis tayangan filem CCTV berkata bahawa dia akan berhijrah ke Indonesia sekiranya diberikan tawaran untuk berlakon dalam produksi filem atau drama di sana.


Aeril Zafrel Sedia Pindah Ke Indonesia


Sebelum ini juga Aeril Zafrel telah pun melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila telah menjayakan salah satu slot bersama Christina Ricci dan ini merupakan peluang kedua untuknya terus mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam dunia perfileman.
“Insya-Allah pada hujung tahun ini saya akan ke Indonesia untuk berlakon di sana dalam filem berjudul ‘Sabda Kekasih’. Filem ini merupakan filem berunsurkan Islam dan ketuhanan”

“Perancangan untuk berpindah ke sana, insya-Allah sekiranya ada rezeki dan kalau mendapat tawaran. Saya ke sana untuk mengembangkan lagi bakat,” katanya kepada Rotikaya ketika ditemui di majlis tayangan filem CCTV.


Aeril Zafrel Sedia Pindah Ke Indonesia


Dalam pada itu, Aeril sekali lagi menegaskan bahawa dia memberikan kebebasan untuk isterinya, Wawa Zainal untuk berlakon seperti biasa tetapi dengan komitmen serta tanggungjawab membuatkan Wawa terus berada di rumah untuk menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.
“Saya ikut kebebasan dia (Wawa), kalau dia nak berlakon saya turutkan sahaja dan tak pernah untuk mengehadkannya. Sekarang bila ada anak, kalau keluar untuk menjalankan penggambaran dia lebih rindu untuk pulang awal dan kadang-kadang nak lebih masa dengan anak,” tambahnya lagi.

Selain pelakon utamanya, Aeril Zafrel, filem CCTV ini turut diperkuatkan lagi dengan penampilan beberapa pelakon lain seperti Hasnol Rahmat, dan Asliza Abdullah serta seorang pendatang baharu, Ardel Aryana. Filem CCTV ini akan ditayangkan pada 30 Julai ini di seluruh pawagam Malaysia.-rotikaya

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →