Thursday, July 30, 2015

Bintang Winter Sonata Kahwini Pelakon Muda 13 Tahun

Pelakon Korea Selatan Bae Yong-Joon yang terekenal melalui siri ‘Winter Sonata’ berkahwin dengan pelakon Park Soo-Jin dalam majlis tertutup di Hotel Sheraton Grande Walkerhill, Seoul, pada Isnin lalu.


Bintang Winter Sonata Kahwini Pelakon Muda 13 Tahun

Majlis itu hanya dihadiri rakan rapat mereka serta ahli keluarga. Walaupun hujan, namun ramai peminat berkumpul di luar hotel berkenaan dengan harapan dapat melihat pelakon berkenaan dan pasangannya.

Dalam entri Instagram yang disiarkan sebelum majlis perkahwinan, Bae berkata dia ‘gementar dan penuh emosi’ menjelang hari perkahwinannya serta mengucapkan terima kasih kepada peminat.

Menurut agensi pengurusan pelakon berusia 42 tahun itu, Bae mula berkenalan dengan Park yang berusia 13 tahun lebih muda, Februari lalu.

Selepas mendapati mereka serasi dalam banyak aspek serta personaliti Park yang menarik, dia mengambil keputusan untuk mengahwininya.

Drama terakhir lakonan Bae ialah ‘The Legend’ pada 2007 dan dia juga pemegang saham utama agensi pengurusan bakat Korea, KeyEast Entertainment. Dia dilaporkan memiliki harta berjumlah 107 bilion won (RM350 juta).-murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →