Friday, July 31, 2015

Gadis Korea Ini Bukan Sahaja Cantik, Tetapi Agak Fasih Berbahasa Melayu

Gadis cantik dari Korea ini ialah Luveve. Jika anda lawati Facebook miliknya, anda dapat lihat status yang di muat naik dalam Bahasa Melayu.


Gadis Korea Ini Bukan Sahaja Cantik, Tetapi Agak Fasih Berbahasa Melayu

Gadis Korea ini nampaknya benar-benar sukakan Malaysia sehinggakan dia sanggup untuk belajar bercakap dalam Bahasa Melayu.

Walaupun Bahasa Melayunya tidak berapa lancar dan kadang-kala bunyinya akan membuatkan kita ketawa, tetapi setiap perkataan yang di sebut oleh Luveve masih boleh difahami.

“Saya seorang wanita Korea. Melayu saya tidak sempurna. Tetapi, saya belajar Bahasa Melayu, dan ia menyeronokkan untuk belajar. Saya berharap saya boleh berbahasa Melayu yang sempurna dalam 6 bulan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia agak kecewa kerana di Korea hanya terdapat buku untuk mempelajari Bahasa Indonesia sahaja dan tidak ada buku Bahasa Melayu.

“Saya tidak faham mengapa tiada buku Melayu di Korea tapi terdapat begitu banyak buku untuk belajar bahasa Indonesia tetapi bukan Melayu?.

“Saya juga mencari kelas Melayu di online, tetapi hanya terdapat kelas bahasa Indonesia. Apa yang salah di Korea? Tidak hairan mengapa tiada orang korea yang boleh bercakap bahasa Melayu. Fakta ini sangat menyedihkan saya,” ujar Luveve.

Jom lihat video Luveve bercakap dalam Bahasa Melayu.-hanasuva

Untuk Menonton : Klik Butang Tonton Video Dibawah Ini 
 

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →