Monday, July 20, 2015

Nora Danish ‘Perang’ Instagram Dengan Bekas Isteri Nedim?

Menerusi akaun Instagram @miss_kepoh, pelakon Nora Danish dikatakan berbalas-balas beberapa entri di Instagram beberapa hari lalu dengan seorang wanita bernama Nabilah Khan yang juga merupakan bekas isteri kepada kekasih Nora, Nedim Nazri.


Nora Danish ‘Perang’ Instagram Dengan Bekas Isteri Nedim?

‘Perang’ entri di laman Instagram itu dikatakan bermula apabila bekas isteri Nedim mengambil tindakan untuk memuat naik entri di Instagram yang berupa potongan ayat yang berbunyi, “Real women don't need to steal a person's husband they go out and get their own! #justsaying.”

Dek kerana entri tersebut, Nora membalas kembali dengan memuatnaik gambar lain dan perkara itu berlarutan dengan beberapa siri entri selepas itu.

Nedim juga dilihat sempat bertindak dengan bersuara dan menyokong kekasihnya.

Menyemak semula laman Instagram Nora Danish, pelakon drama bersiri Puteri itu sudah memadamkan entri-entri tersebut.

Tak tahu nak komen apa, sempena kedatangan bulan mulia ini, marilah kita bersama-sama mencari jalan damai untuk menjernihkan keadaan. Tak elok berbalah!

Semoga Nora dan Nedim gembira dengan jalan yang dipilih mereka dan semoga bekas isteri Nedim juga lebih bahagia menjalani kehidupan selepas ini.-murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →