Thursday, July 9, 2015

Soffi Jikan bakal muncul dengan filem kedua

Pelakon Soffi Jikan yang baru sahaja tampil dengan filem pertama arahannya "Gangsterock: Kasi Sengat" yang bakal ditayangkan pada 16 Julai ini, kini dalam pembikinan filem keduanya.


Soffi Jikan bakal muncul dengan filem kedua

Menurut Soffi, dia tidak mahu menunggu maklum balas daripada penonton dahulu sebelum muncul dengan produk baru.
"Sebelum saya terkesan dengan maklum balas filem pertama arahan saya. Saya mengambil keputusan untuk bikin filem kedua saya," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gangsterock: Kasi Sengat" di Cathay Cineplex, ECurve, semalam.

Pada masa sama, Soffi berkata filem terbarunya itu adalah inspirasikan oleh telefilemnya "Taubat Seorang Samsung" yang mengisahkan tentang seorang gangster yang ingin keluar dan meninggalkan kegiatan jahatnya itu.

Filem yang belum mempunyai judul itu dibintangi oleh Khir Rahman, Sobri Anuar dan Along Eyzendy.

Dalam pada itu, Soffi yang ditanya mengenai kualiti video "Gangsterock: Kasi Sengat" yang dilihat 'tidak cantik', Soffi berkata;
"Saya harap semua pihak faham kerana ia adalah salah satu masalah teknikal. Tetapi saya percaya ia masih diterima.

"Soalan itu sukar untuk saya jawab kerana saya sememangnya mahu menghasilkan filem yang terbaik, namun ia pasti akan memakan kos yang besar. Jadi sebab itu walaupun filem ini mencapai 60 ke 70 peratus, kami teruskan juga kerana ada sesetengah perkara yang anda perlu korbankan.

"Itulah kehidupan yang tidak seindah seperti yang kita mahukan." -tupai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →