Wednesday, September 23, 2015

Asyraf Datuk K 'Jaga' 5 Artis Popular

Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid, 23, kini menyertai industri seni tempatan dengan menubuhkan syarikat pengurusan yang dikenali sebagai A Klasse Management Sdn. Bhd.


Asyraf Datuk K 'Jaga' 5 Artis Popular


Asyraf selaku Ketua Pegawai Eksekutif A Klasse berkata, sehingga kini seramai 11 selebriti berada di bawah naungan syarikat tersebut termasuk lima artis popular iaitu Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Nabil Ahmad, Fara Fauzana serta Siti Nurhaliza.
"Ini satu penghormatan yang besar apabila selebriti-selebriti popular ini mempercayai syarikat ini yang baharu setahun jagung usianya.

"Bagaimanapun tidak semua artis dijaga pihak A Klasse sepenuhnya. Ada yang lebih kepada ikatan kontrak melibatkan urusan pengiklanan di media sosial serta perlantikan sebagai jurucakap sesebuah produk," katanya.

Asyraf berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun pertama penubuhan syarikat A Klasse di kediaman Siti Nurhaliza di sini, pada malam Selasa.

Enam artis lain naungan A Klasse adalah Sharifah Sakinah, Nad Zainal, Eyka Farhana, Ummi Nazeera, Eain Salleh dan Aedy Asyraf.

Penyanyi Indonesia yang juga tunang kepada Asyraf iaitu Tya Ariffin turut berada di bawah naungan syarikat itu.

A Klasse merupakan sebuah syarikat pengurusan artis yang turut melakukan servis pengiklanan di laman sosial.

Servis pengiklanan tersebut dibuka kepada peniaga dalam talian untuk mempromosikan perniagaan masing-masing di Instagram artis naungan A Klasse dengan bayaran tertentu.

Ditanya mengapa pengurusan kerjaya artis menjadi pilihan, Asyraf berkata dia yakin mampu menguruskan mereka menjadi selebriti yang disegani menerusi cara pemasaran, penjenamaan artis dan pengiklanan dengan konsep baharu.
"Saya dan team A Klasse sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan bidang artis-artis naungan kami memandangkan mereka mempunyai potensi yang sangat bagus.

"Kalau boleh mereka bukan sekadar selebriti dalam lakonan atau nyanyian, tetapi juga mampu menjual nama dalam sektor penjenamaan produk," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai A Klasse, layari laman web www.aklasse.com.my.-mstar

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →