Wednesday, September 30, 2015

Ayda Jebat Mahu Lupakan Zul Ariffin?

Ayda Jebat yang tengah hot dengan single pertamanya, Siapa Diriku, ada permintaan khusus buat para peminat setianya.


Ayda Jebat Mahu Lupakan Zul Ariffin?


    “Saya ingin terus bersinar dalam bidang lakonan dan nyanyian. Jadi, saya harap para peminat boleh lupakan perkara-perkara lepas mengenai saya dengan Zul Ariffin,” katanya.

Mengapa Ayda mengeluarkan kenyataan tersebut? Apakah kerana gosip panas yang melanda Zul dengan bintang remaja yang tengah sensasi sekarang, Zahirah Macwilson?

Kepada peminat, jangan cepat membuat spekulasi. Ayda ada pendirian mengapa berkata sedemikian.
    “Sebenarnya, saya tak mahu orang ramai hanya beri tumpuan pada drama lakonan saya dengan Zul sahaja.

    “Macam saya katakan, saya ingin terbang tinggi dalam kerjaya seni… Takkanlah saya hanya nak berlakon dengan Zul sahaja.

    “Saya kenalah sahut cabaran berlakon dengan aktor lain dan seterusnya mencetuskan fenomena seperti yang saya dan Zul lakukan dalam drama Rindu Awak 200 % dan Maid,” ujar Ayda.


Bintang remaja berusia 23 tahun itu ternyata sudah membuktikan beliau juga mampu bergandingan dengan aktor lain.

Hasilnya, lakonan diterima baik dalam telefilem khas sempena Aidil Adha baru-baru ini iaitu Nawaitu Cinta.

Ayda sebagai gadis orang Asli bernama Malati telah mempamerkan lakonan berbeza daripada dua drama popularnya itu.

Ayda Jebat Mahu Lupakan Zul Ariffin?


Nawaitu Cinta arahan Osman Ali yang disiarkan di Astro Oasis dan Maya HD telah menggandingkan Ayda dengan Hisyam Hamid dan Fikree Bakar.
    “Kali ini saya mahu peminat lihat keserasian saya dengan aktor lain pula. Saya dan Zul berkawan macam biasa.

    “Buat masa ini tiada produk terbaru kami berdua jadi tiadalah kami muat naik gambar di laman sosial bagi tujuan promosi,” katanya lagi.

Sebagai bakat baru yang begitu ramai pengikutnya di laman sosial, Ayda mempunyai sasaran untuk lebih gemilang dalam kerjaya seni.
    “Impian saya tentulah inginkan setiap drama lakonan saya mencapai rating tinggi setiap kali disiarkan dan menjadi trending.

    “Saya sentiasa berusaha kuat dan ditambah dengan sokongan padu para peminat telah membantu menaikkan populariti saya.

    “Setelah dua tahun serius berlakon, impian saya bukanlah semata-mata nak kejar anugerah. Satu bonus kalau dapat anugerah sebab menambahkan portfolio baik dalam kerjaya.”

Ayda berada di Amsterdam, Belanda bagi penggambaran drama terbarunya, Sesal Separuh Nyawa, arahan Michael Ang, terbitan Darkwave Productions.-gosipmalaysia

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →