Monday, September 14, 2015

Eina Azman Berkhalwat Ketika Suami Keluar Outstation?

Pelakon tinggi lampai, Eina Azman menafikan dirinya ditangkap khalwat ketika suaminya keluar menjalankan tugas di luar daerah. Ini semua gara-gara sekeping gambar seorang wanita berambut perang telah viral di laman sosial.

Eina Azman Berkhalwat Ketika Suami Keluar Outstation?


Menerusi keterangan gambar tersebut, seorang artis wanita popular ditangkap ketika sedang asyik berkhalwat. Keterangan gambar tersebut juga mendakwa artis yang dikatakan sudah berkahwin itu ditangkap berkhalwat ketika suaminya sedang menjalankan tugas di luar daerah.

Eina Azman Berkhalwat Ketika Suami Keluar Outstation?


Eina memperjelaskan perkara ini menerusi akaun Instagram miliknya. Berikut merupakan penjelasan Eina:
“Salam semua... Ok today Eina nak clear kan everything, pls jangan percaya dengan segala fitnah yang berleluasa mengenai Eina di tangkap khalwat pada hujung bulan August baru2 Ini. Berita ini d keluar kan pada hujung bulan 8 d mana Eina takde d Malaysia.

“Eina berada d Maldives selama 10 hari bersama suami untuk menyambut 1st anniversary kami. Boleh lihat juga d gmbr tersebut itu adalah pegawai Imigresen. Dan saya rasa follower saya d ig juga tau saya sudah menukar rambut saya menjadi hitam lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Berita Ini sangat melampau, kerana saya sudah berkahwin.

“Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar. Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH.

“Bertaubat la. Tiada yang sempurna... Saya manusia biasa. Kalau anda sayang kan saya pls doa kan yang baik2 utk saya daripada MEMFITNAH... Terima Kasih @datogmix #einaazman #datogmix,” jelas Eina panjang lebar.-murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →