Tuesday, September 1, 2015

Kita Tidak Mencari Seorang Lagi Adibah Noor - Edry KRU Komen BilaAF2015

Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim menjelaskan yang fakulti #AF2015 tidak mahu mencari seorang lagi penyanyi seperti Adibah Noor. Edry memberikan kenyataan tersebut selepas dia diminta mengulas prestasi salah seorang pelajar #AF2015, Bila pada konsert minggu yang ketiga.


Kita Tidak Mencari Seorang Lagi Adibah Noor - Edry KRU Komen BilaAF2015


“Kita tidak mencari seorang lagi Adibah Noor dalam industri hiburan. Adibah merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bila pula merupakan seorang gadis remaja yang boleh dijadikan penanda aras oleh golongan muda yang kecantikan bukan segalanya. Bila juga ada kemampuan dan bakat tersendiri,” kata Edry kepada Portal Murai.

Dalam konsert ketiga #AF2015 yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Faizal Ismail, Bila yang merupakan anak kepada Eddie Wings menyampaikan lagu Pelangi Senja, dendangan asal Stacy.
“Saya mahu Bila menjadi ikon kepada remaja di luar sana. Kadangkala, bila saya melihat dia, saya memberikan komen yang dia kelihatan terlalu tua berbanding usianya. Kita mahu dia mewakili audiens yang seusia dengannya. Kami tidak mahu dia dibayangi orang lain dan mahu dia menjadi muda, sesuai dengan keremajaan dan bakatnya,” kata Edry lagi.

Dalam pada itu, konsert ketiga ini turut diserikan dengan kehadiran dua juri tetap iaitu Dato’ Ramli MS dan pelakon jelita, Rozita Che Wan manakala juri jemputan pula adalah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Seperti minggu-minggu sebelumnya, konsert ketiga #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dengan tiadanya penyingkiran di minggu yang ketiga, masih tinggal 10 bintang #AF2015 yang akan meneruskan perjuangan menuju puncak sehingga bergelar juara.

#AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jangan lupa saksikan Diari #AF2015 yang dihoskan oleh bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam dan konsert mingguan #AF2015, setiap Ahad jam 9.00 malam. Gunakan hashtag #AF2015 untuk berkomunikasi mengenai program realiti ini di laman sosial.-murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →