Wednesday, September 23, 2015

Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Sudah ramai lelaki dikaitkan atau digosipkan bercinta dengan aktres Ayda Jebat sebelum ini. Terbaru, aktres MAID ini dikatakan telah berjaya membuatkan seorang jejaka keturunan Orang Asli suku Semelai, syok gila dengannya.


Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Malah dek kerana terlalu menyukai Ayda Jebat, jejaka yang bernama Malim ini dikatakan sanggup meninggalkan kampung semata-mata untuk mencari serta berjumpa dengan pelakon wanita kelahiran Melaka itu.

Wah! Ramai pula jejaka yang sukakan Ayda Jebat ni ya? Standardlah.. orang popular... cantik pulak tu.

Namun, tunggu dulu! Sebenarnya itu adalah antara adegan yang terkandung dalam telefilem istimewa sempena Hari Raya Aidiladha, Nawaitu Cinta. Diarahkan oleh Osman Ali, Nawaitu Cinta menggandingkan Ayda bersama Hisyam Hamid, Fikhree Bakar dan ramai lagi.

Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Bercerita mengenai telefilem tersebut, Ayda membawakan watak sebagai Malati, seorang gadis keturunan Orang Asli.

“Saya memegang watak sebagai Malati, seorang gadis Orang Asli suku kaum Semelai. Malati membesar bersama suku kaum Semelai yang lain di sebuah kampung. Malati rapat dengan jejaka sekampung dengannya yang bernama Malim (Fikhree Bakar) dan mereka berjanji akan berkahwin. Selepas tamat persekolahan, Malati dapat meneruskan pelajaran di menara gading,” kata Ayda kepada Portal Murai.

Membuat sedikit kajian mengenai Orang Asli sebelum melangkah ke set penggambaran, Ayda mengakui yang watak Malati merupakan antara watak yang paling berat pernah dibawa olehnya di kaca televisyen.

“Di universiti, Malati mempunyai seorang rakan sebilik, gadis Orang Asli yang bernama Intan. Namun begitu, Intan telah terlebih dahulu menganut agama Islam. Intan yang membuka hati Malati untuk mengenali agama Islam dan Malati meminta Intan untuk membimbingnya.

“Ustaz Kamil (Hisyam Hamid) juga merupakan insan yang turut mengajar Malati mendalami Islam dan dalam diam, Ustaz Kamil jatuh hati dengan Malati. Akhirnya keluarga Malati dapat tahu yang Malati memeluk agama Islam dan Malati telah dibuang oleh keluarga. Perbezaan agama juga menjadi penghalang percintaan antara Malati dan Malim,” katanya lagi.

Menjalani penggambaran di sekitar Pahang, Perak dan Kuala Lumpur, Ayda gembira kerana dapat terlibat dalam telefilem Nawaitu Cinta. Gadis kelahiran Melaka ini juga sangat berbesar hati kerana dia dapat bekerjasama dengan pengarah prolifik seperti Osman Ali.

“Osman pengarah yang sangat membantu dalam memberi saya input dalam melaksanakan watak Malati. Saya sangat menghormati Osman sebagai seorang pengarah yang tersohor. Jalan cerita dan sinematografi juga sangat bagus, disamping komitmen penuh daripada krew produksi dan pelakon-pelakon lain yang terlibat. Saya rasa sangat bertuah dapat bekerja dengan mereka,” kata Ayda lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Nawaitu Cinta sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha ini. Telefilem arahan Osman Ali ini bakal disiarkan pada hari Khamis, 24 September 2015, jam 2.00 petang di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).-murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →