Hanya disebabkan belum lagi berkongsi gambar permata hatinya di laman sosial miliknya, tidak semena-mena peminat mempertikaikan tindakan pelakon Lisa Surihani yang mengambil pendekatan seolah-olah ingin menyorok anaknya di mata umum.
Seorang peminatnya yang menggunakan username, kupu__kupu mengeluarkan kenyataan seolah-olah Lisa tidak gembira untuk berkongsi gambar anaknya, Yahaira Leanne kepada peminat di luar sana.
Namun, ada juga yang pantas bertindak mempertahankan Lisa dengan mengeluarkan komentar,
Ha, dengar tu kupu__kupu, lain orang lain caranya, mungkin Lisa dan suami, Yusry enggan mendedahkan wajah anak mereka sehingga genap usia 44 hari. Mana kita tahu kan?
Lagi pun mereka berhak nak berbuat apa sahaja terhadap anak mereka, setiap ibu bapa pasti memikirkan kebaikan untuk anak mereka. Pasti ada sebabnya kenapa pasangan popular ini masih belum terbuka hati untuk berkongsi foto puteri sulung mereka itu.
Untuk makluman, Lisa melahirkan anaknya di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 15 September lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem Cicakman itu.-mynewshub