Thursday, October 22, 2015

Peminat Persoalkan Amyra Rosli Jadi Duta Tudung Fareeda

Dilantik sebagai duta kepada jenama tudung terkenal iaitu Fareeda, Amyra Rosli telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang mempersoalkan mengapa beliau  menjadi duta tudung sedangkan Amyra sendiri tidak berhijab.

Peminat Persoalkan Amyra Rosli Jadi Duta Tudung Fareeda

Jelas Amyra, beliau harap peminat menganggap ia hanya sebagai satu perniagaan dimana beliau dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan orang ramai untuk berhijab.

    Saya sedar ramai orang yang akan bertanya tentang hal ini. Saya menerima tawaran ini sebagai satu bisnes dan akan bawa tanggungjawab ini bagi menggalakkan orang di luar sana untuk berhijab. Orang nak cakap apa terpulang kerana bukan senang nak dapat tawaran yang mungkin orang lain tak boleh dapat.

Peminat Persoalkan Amyra Rosli Jadi Duta Tudung Fareeda

Pada awalnya memang Amyra ada merasa sedikit gentar untuk menerima tawaran untuk menjadi Faces Of FAREEDA tetapi beliau akhirnya akur dan menganggap ia sebagai rezeki.

    Saya gembira kerana antara ramai artis, saya yang terpilih. Pada mulanya takut juga nak ambil tawaran ini, tapi saya fikir positif dan anggap ini rezeki saya. Fareeda merupakan satu nama yang besar, jadi saya sangat teruja apabila diberi penghormatan serta peluang untuk menjadi Faces of Fareeda.

    Allah bagi jalan untuk saya menjadi wajah jenama tudung dan pemilihan ini juga memberi positif vibe kepada diri saya. Ini merupakan satu tanggungjawab untuk saya dan bila dapat jadi wajah jenama tudung, ia memberi kebaikan untuk saya agar lebih pandai membawa diri.

    Saya pun makin berumur dan niat untuk bertudung memang ada. Ramai juga yang cakap saya lagi elok bila bertudung. Tapi, biarlah saya sendiri yang terbuka hati untuk memakainya dan saya harap semua doakan yang satu hari nanti saya akan memakai tudung.

Peminat Persoalkan Amyra Rosli Jadi Duta Tudung Fareeda

Bukan sahaja Amyra Rosli menjadi duta kepada jenama tudung sedangkan beliau tidak berhijab tetapi masih ramai yang membuat bisnes tudung meskipun mereka “free hair”. Anggap sahaja satu hari nanti mungkin mereka akan terbuka hati untuk menutup aurat bila sudah biasa terlibat dengan perniagaan ini.-beautifulnara

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →