Saturday, October 17, 2015

Zamani Lari Kerana Pengasih Halang Keluar?

Industri hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita mengenai bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang didakwa telah melarikan diri dari rumah pemulihan, PENGASIH malam Jumaat dengan menaiki sebuah kereta bersama individu tidak dikenali.


Zamani Lari Kerana Pengasih Halang Keluar?


Susulan itu, pengurus Zamani, Johan Aziz menerusi satu kenyataan tampil memaklumkan bahawa tempoh rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah penyanyi itu selama enam bulan telah tamat.
“Saya ada terbaca kenyataan pihak PENGASIH mencari Zamani seperti penjenayah yang dikehendaki dan merasakan ia sebagai tidak wajar.

“Zamani dengan suka rela menawarkan diri untuk menjalani rawatan pemulihan di Rumah PENGASIH atas nasihat keluarganya. Malah, tempoh ditetapkan adalah selama enam bulan dan dia (Zamani) sudah melebihi tempoh selama dua bulan di sana.

“Saya ada menjenguk Zamani ketika Hari Raya Aidilfitri lalu, dan dia ada menyuarakan hasrat untuk keluar dari PENGASIH bagi menjalani kehidupan seperti biasa namun permintaannya itu dihalang oleh pihak berkenaan.

“Saya tidak ingin mengganggu apa yang diuruskan pihak mereka namun dalam masa sama, saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Zamani sendiri,” katanya kepada BH Online.

Tambah Johan, penyanyi Gerimis Mengundang itu juga pernah meluahkan hasrat padanya untuk fokus kepada kerjaya seni dan menerima tawaran menyanyi kerana sudah lama berehat.

Dalam perkembangan lain, Johan memaklumkan Zamani akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan perkara ini kepada umum dalam masa terdekat.

Terdahulu, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.-mynewshub

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →