Jika sebelum ini Abam Bocey pernah menyatakan rasa sedih kerana rata-rata wanita yang mengenalinya hanya ingin menumpang populariti, baru-baru ini melalui Mangga Online, Abam menyatakan bahawa kini sedang mengenali hati budi seseorang.
“Tentang jodoh saya letak belakang dahulu. Kalau ikut senarai mungkin ia di tempat keempat. Saya masih banyak tanggungjawab terutamanya kepada keluarga. Sebelum berkahwin saya mahu bawa ibu mengerjakan umrah dan haji”
“Kami baru kenal dan masih lagi berkawan,” jelas Abam ketika disoal mengenai perihal rakan wanita ujar ketika majlis tayangan perdana filem lakonannya berjudul Ada Apa Dekat Bus Stop (AADBS).
Selain itu Abam melalui rancangan Melodi baru-baru ini turut menjawab bahawa dirinya tersinggung apabila bergurau mengenai fizikalnya. Secara mudahnya kata Abam, walaupun dia pelawak tetapi bukanlah setiap masa dia mampu berjenaka sebaliknya apabila tiba masa serius, maka peminat pun harus menghormati dirinya.-rotikaya