Pelakon Suamiku Encik Sotong Amyra Rosli, sekeras-kerasnya menafikan kononnya yang dirinya sedang bercinta dengan seorang jejaka berstatus kerabat diraja.
Amyra terkejut dengan khabar angin ini dan tidak menyangka cerita sebegini boleh tercetus walaupun sibuk dengan dunia lakonan.
“Cakap saja dengan siapa? Sebab saya tidak dapat nak berikan penjelasan kerana tidak dapat bayangan lelaki itu. Macam mana saya nak jawab sedangkan saya bekerja tak berhenti. Jadi mana ada masa untuk bercinta”
“Macam mana cerita ini boleh timbul keluar? Tidak ada langsung berkawan dengan mana-mana kerabat mahupun anak kerabat diraja. Saya tidak pernah berkawan, apatah lagi bercinta dengan mana-mana kerabat,” jelasnya seperti yang dilaporkan BH Online.
Amyra sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan pelakon Amar Baharin namun menjelaskan mereka sekadar teman rapat.-murai