Monday, November 2, 2015

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon Fouziah Gous menjelaskan bahawa dia akan mengadakan majlis doa selamat dan ketika di saat akhir, ada pihak yang berminat untuk menaja majlis baby shower (majlis menyambut bayi). Bagaimanapun perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan.

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower


“Saya dan suami memang merancang untuk membuat doa selamat sahaja. Tetapi rezeki datang saat akhir apabila ada pihak yang menghubungi saya untuk menaja majlis ‘baby shower’ dan kita masih lagi dalam perbincangan mengenai perkara itu”

“Kalau saya bersetuju pun tidaklah terlalu ikut dengan cara sana dan ia mungkin majlis ringkas selepas majlis doa selamat nanti,” jelas Fouziah yang sehingga kini masih lagi merahsiakan jantina anaknya. Selain itu, pelakon ini juga menyatakan walaupun kini dia sedang sarat mengandung, namun ia tidak mengahalanya untuk bekerja.

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Semoga Fouziah selamat melahirkan bayi nanti dan pastinya dengan kehadiran cahaya mata pertama dalam keluarga ini nanti bakal membawa lebih sinar bahagia dan keceriaan. Malah peminat di Instagram pelakon dan pengacara ini juga tidak sabar-sabar untuk berkongsi detik gembira tersebut.-rotikaya

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →