Walaupun pengacara Gegar Vaganza 2, pelawak dan pelakon Nabil Ahmad dikutuk oleh orang ramai mengenai lawaknya yang melampau, tetapi Nabil masih juga dengan lawak yang dianggap kasar oleh segelintir indivdu.
Jika sebelum ini, Nabil membuat lawak dengan mempersendakan Caliph Buskers, semalam dalam konsert Gegar Vaganza 2 Nabil ditegur secara live oleh juri jemputan, Datuk M. Nasir yang mungkin bengang membuat lawak menggunakan isterinya, Marlia Musa.
Berulang kali Nabil mempersendakan M. Nasir dan isterinya dan akhirnya M. Nasir menegur Nabil, "Jangan libatkan dia (Marlia Musa) dalam hal ini".
Nabil akhirnya terus terdiam seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan mukanya merah padam.
Mungin sangat malu kerana ditegur secara live di hadapan ribuan penonton konsert Gegar Vaganza 2 semalam.-ehmedia