Thursday, January 7, 2016

Konsert Mega Gegar Vaganza Bakal Gamatkan Istana Budaya

Kejayaan Gegar Vaganza siaran Astro Ria sehingga menjadi fenomena menyebabkan satu konsert bakal diadakan bagi menghimpunkan artis rancangan itu.


Konsert Mega Gegar Vaganza Bakal Gamatkan Istana Budaya


Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, konsert berkenaan bakal disertai  peserta dari musim pertama dan kedua yang bertujuan memberi ruang peminat mendekati mereka dengan lebih dekat.
"Saya percaya ramai yang tidak berkesempatan menyaksikan Gegar Vaganza tidak kira pada musim pertama atau kedua. Jadi ini adalah peluang buat para peminat menyaksikan persembahan idola mereka dengan lebih dekat.

"Malah sepanjang tiga hari persembahan, para artis akan tampil dengan persembahan yang berlainan," katanya kepada mStar Online pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya di sini pada Khamis.


Persembahan yang dikenali sebagai Konsert Mega Gegar Vaganza itu bakal diadakan di Istana Budaya selama tiga hari bermula 15 Januari ini.

Konsert Mega Gegar Vaganza Bakal Gamatkan Istana Budaya

Antara artis yang akan terlibat dalam konsert itu  termasuklah Siti Nordiana, Ayai (Ilusi), Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Rahmat (Mega), Haleeda, Achong, Haiza, Amir (Ukays) dan Sheeda.

Ia ditaja oleh pengasas produk Qu Puteh iaitu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida.

Raqim berkata , konsert selama dua jam setengah itu menampilkan seramai 13 penyanyi pada setiap malam dengan jumlah keseluruhan melibatkan lebih 20 buah lagu.

Persembahan pada malam itu akan diiringi 63 pemuzik profesional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan konduktor Mohd Yazid Zakaria.

Tiket menyaksikannya dijual pada harga RM89,RM189, RM239,RM349,RM399 dan RM899.

Ia boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my yang dijual sejak Khamis-mstar

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →