Tuesday, January 19, 2016

Zamani Bakal Nyanyi Lagu Baru Ciptaan Komposer Luar

Setelah hampir 12 tahun menyepi tanpa album, bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani akan tampil dengan lagu single gubahan seorang komposer dari negara seberang dalam waktu terdekat.


Zamani Bakal Nyanyi Lagu Baru Ciptaan Komposer Luar


Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata beliau tidak memilih mana-mana komposer namun secara kebetulan cita rasa peminat sekarang lebih gemar dengan lagu gubahan komposer dari Indonesia.
"Sehingga kini judul lagu tersebut belum diputuskan, ia berkisar kisah cinta yang tidak dibalas dan ia tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidup saya," katanya kepada wartawab disidang media Majlis Hi-Tea Eksklusif bersama Zamani Slam baru-baru ini.

Majlis Hi-Tea Eksklusif bersama Zamani Slam akan diadakan di YSQuare Connexion Hall Mall di sini bagi mengisi tabung Yayasan Kanser Malaysia cawangan Johor pada 26 Feb ini.

Meskipun nama komposer masih dirahsiakan, beliau berkata single terbaru itu bakal dipersembahkan buat pertama kali di YSQuare Connexion Hall Mall nanti.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang dan Syair Si Pari-pari itu berkata beliau masih berpegang dengan genre muzik yang sama iaitu melodi Pop.
"Saya harap selepas ini dapat membina kembali kerjaya dalam dunia hiburan setelah lama tidak melakukan persembahan besar dan ia juga adalah sebagai hadiah kepada peminat yang masih setia," katanya.-murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →