Kini tumpuan media terarah kepada Jihan Musa selepas kesemua rakan karibnya telah mendirikan rumah tangga.
Antaranya Sharifah Sakinah, Marsha Milan, Nad Zainal, Nabila Huda dan Anzalna Nasir yang telah pun melangkah ke fasa yang baru.
Baru-baru ini, pelawak dan pelakon kecil molek ini dikatakan telah mengunjungi butik pengantin Man Kajang bersama seorang jurusolek dan perkara itu telah menimbulkan persoalan sama ada Jihan juga bakal menamatkan zaman bujangnya pada masa terdekat ini.
Namun tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Jihan berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun, menurut sumber boleh dipercayai oleh BH Online, Jihan dan kekasihnya, Ungku Hariz dikatakan bakal naik pelamin pada bulan depan.

Majlis pernikahan dan resepsi bakal diadakan di Shah Alam, masing-masing pada 20 dan 27 Mac. Jihan juga dikatakan akan mengenakan busana kahwin rekaan Man Kajang dan Rizman Ruzaini pada majlis perkahwinannya.
Jika benar apa yang dikhabarkan ini, Mynewshub berdoa dan berharap semoga segala persiapan menjelang majlis akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. –mynewshub