Showing posts with label 4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis #AJL 29. Show all posts
Showing posts with label 4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis #AJL 29. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis AJL 29

Bahang Anugerah Juara Lagu 29 (#AJL 29) Ahad ini kian terasa begitu juga finalis yang akan bertanding mempertaruhkan vokal dan nyanyian dengan cara masing-masing menerusi lagu yang dicipta oleh komposer dan penulis lirik tempatan.

4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis #AJL 29, info, terkini, hiburan, finalis AJL29,

Untuk AJL 29 telah membuktikan bekas bintang Akademi Fantasia (AF) mampu memberi saingan serta mewarnai pertandingan dan memeriahkan lagi di malam itu nanti.

4 bintang AF yang dimaksudkan ialah Hafiz, Hazama, Stacy dan Indah dikhabarkan sedang giat membuat latihan untuk memberikan yang terbaik untuk semua penyokong.

Berikut adalah kenyataan-kenyataan mereka bagi sesi Pra AJL29 yang bakal digalas dengan penuh tanggungjawab.

4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis #AJL 29, info, terkini, hiburan, finalis AJL29,

Hafiz

“Alhamdulilah segala persiapan dan latihan masih giat dilakukan, untuk kali ini saya tidak meletakkan harapan apa-apa seperti biasa walaupun 3 kali saya menjulang trofi untuk Vokal Terbaik.”

“Saya masih mengunakan khidmat  Cikgu Shafi untuk memperketatkan lagi vokal saya dan diharapkan pada malam itu nanti semua akan terhibur dan kita gembira bersama-sama okay.”

4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis #AJL 29, info, terkini, hiburan, finalis AJL29,

Hazama

“Terus terang saya cakap, Lagu Malaikat bukan lagu vokal, masuk ke akhir AJL29 ni pun saya pun terkejut, memang tak sangka langsung.’

“Apa-apa pun persediaan saya di tahap 80 peratus, saya yakin boleh lakukan yang terbaik cuma perasaan gementar itu masih kuat sebab kena berentap dengan otai-otai dan saya juga orang pertama yang akan membuat persembahan.”
4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis #AJL 29, info, terkini, hiburan, finalis AJL29,


Stacy

“Seperti biasa persiapan saya adalah more to dance, sebab malam AJL saya adalah untuk menghiburkan semua orang kerana lagu saya lagu rancak.”

“Target untuk persembahan terbaik memang ada cuma konsep persembahan to more enjoy, cabaran yang paling berat buat saya adalah koreografi tarian, jadi kalau nak tahu macam mana persembahan saya, kita tunggu di malam kemuncak AJL29."

4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis #AJL 29, info, terkini, hiburan, finalis AJL29,

Indah Ruhaila

“Alhamdulilah persiapan dan persediaan dari segi vokal berjalan lancar apa yang saya harapakan di malam itu nanti persembahan saya tidak ada gangguan dari segi teknikal.”

“Saya akan menyampaikan lagu ini (Percayalah) dengan penuh perasaan  dan saya sebenarnya gentar untuk bersaing dengan Hafiz kerana mereka mempunyai vokal yang mantap, apa-apa pun doakanlah saya untuk lakukan yang terbaik. 

Baca : Pendedahan Fizo Omar Yang Mengejutkan 

Sumber : murai.com.my