Showing posts with label Abang Naz Tayang Baby Boy di Resepsi Elaine Daly. Show all posts
Showing posts with label Abang Naz Tayang Baby Boy di Resepsi Elaine Daly. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Abang Naz Tayang Baby Boy di Resepsi Elaine Daly

Dalam pada semua tetamu sedang sibuk menikmati juadah yang enak di majlis resepsi selebriti terkenal Elaine Daly dengan  pasangannya Nick Boden baru-baru ini, tiba-tiba hadirin telah dihiburkan dengan kehadiran sorang anak kecil di majlis berkenaan.


Abang Naz Tayang Baby Boy di Resepsi Elaine Daly, info, terkini, hiburan, sensasi, Abang Naz,


Wajahnya yang comel dan senyuman yang tak lekang dari pandangan telah membuatkan ramai tetamu terhibur serta mahu mendukung bayi lelaki yang merupakan anak kepada pengacara serta selebriti popular, Nazrudin Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagai Abang Naz menerusi program Club Disney Malaysia.

Artikel Terdahulu :  

Jarang tampil di hadapan khalayak, Abang Naz bersama isteri tercinta, Sheahnee Iman Lee telah hadir ke majlis resepsi Elaine Daly dan Nick Boden bersama-sama bayi ketiga mereka, Zayd Aqhil Nazrudin Rahman yang baru memasuki usia beberapa bulan.

Mungkin inilah alasan mengapa Abang Naz mendiamkan diri dalam dunia seni kerana selain sibuk menjalankan tugasnya sebagai pengacara untuk beberapa acara korporat, dia juga nampaknya sibuk membina keluarga yang besar.

Portal murai.com.my yang berada di majlis persandingan pasangan merpati dua sejoli itu juga telah sempat merakamkan detik-detik manis Abang Naz bermanja mesra dengan putera serta isteri tercintanya.

Lihatlah saja ragam tiga beranak itu apabila diminta gambar mereka dirakamkan bersama-sama dan patutlah juga kemunculan bayi lelaki itu telah menjadi penambah seri majlis resepsi Elaine dan Eric pada hari berkenaan.

Menurut isteri Abang Naz, dia amat terkejut dengan tingkah laku yang ditunjukan anak ketiganya itu sepanjang berada di majlis berkenaan kerana bayi berkenaan langsung tidak meragam atau merengek walaupun dikelilingi orang yang ramai.

Katanya, dalam situasi biasa puteranya itu pasti akan menangis atau merengek terutama apabila sudah lewat malam, tetapi dia bersyukur kerana pada acara berkenaan bayinya itu menunjukkan sikap yang cukup positif.

Baca : Anak Rozita Che Wan Bercuti Ke Maldives Dengan Teman Wanita? 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif