Showing posts with label Amar Baharin Kini bercinta dengan seorang penyanyi. Show all posts
Showing posts with label Amar Baharin Kini bercinta dengan seorang penyanyi. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Amar Baharin Kini bercinta dengan seorang penyanyi

Aktor yang sering dikaitkan dengan aktres Izreen Azminda sekali lagi menjadi topik bualan ramai apabila ruangan gosip sebuah akhbar mingguan mendakwa kononnya dia kini menjalin hubungan dengan seorang penyanyi yang sudah lama menyepi daripada industri.


Amar Baharin Kini bercinta dengan seorang penyanyi, info, terkini, hiburan, gossip, amar baharin

Amar bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mempersoal kesahihan berita tersebut.

"Saya tidak dapat memberi jawapan kepada soalan itu kerana saya sendiri tidak mengetahui siapakah penyanyi yang dimaksudkan.

"Tetapi apa yang penting saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana penyanyi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, aktor berusia 30 tahun itu turut menyuarakan rasa kesalnya apabila gosip itu dikeluarkan tanpa mendapatkan pengesahan daripadanya.

"Saya tiada masalah sekiranya ada wartawan ingin menulis artikel mengenai saya malah berterima kasih tetapi dalam hal sebegini, rasanya lebih baik ia datang daripada mulut saya sendiri.

"Apabila artikel sebegini keluar bagi saya ia tidak menghormati artis dan saya sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjawab terutama pertanyaan daripada keluarga."

Baca : Temubual Bersama Ifa Raziah Isu Persembahan Gegar Vaganza 

Sumber : tupai.com.my