Pada 12 Februari (Khamis) lalu, Ana Raffali selamat melahirkan cahaya mata sulungnya secara normal di Hospital Ampang dan baru sahaja berkongsi mengenai perkhabaran gembira tersebut melalui akaun Instagram miliknya hari ini.
Seperti yang dikhabarkan Ana kepada Berita Harian, bayinya itu dilahirkan lebih awal dari jangkaan (5 Mac) dan dilahirkan secara normal di Hospital Ampang, Selangor pada jam 2.25 petang.
Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Ana nanti bakal membawa lebih keceriaan dan juga kebahagiaan kepada kedua-dua pasangan secocok ini yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Sumber : rotikaya.com
Sumber : rotikaya.com