Setelah dua pengacara Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz menamatkan kontrak di Melodi, sehingga kini hanya Awal Ashaari sahaja yang kelihatan mengendalikan program tersebut.
Penerbit Melodi Dalili Michelle Abdullah Wee mengesahkan memang tiada pengacara yang akan menggantikan tempat mereka, namun konsep kali ini sedikit berbeza apabila akan ada artis jemputan yang menemani Awal pada setiap minggu.
"Kali ini kami memang mahu Awal seorang sahaja mengendalikan Melodi sebab kami akan ada sedikit perubahan dalam pengisian program nanti.
"Jadi tiada pengacara khas yang akan menggantikan tempat dua pengacara itu sebaliknya konsep kami buat masa ini adalah Awal akan ditemani artis jemputan hampir setiap minggu.
"Kami juga ingin menegaskan tiada siapa pun disingkirkan atau sebagainya sebaliknya kontrak mereka memang sudah tamat dan kami pula bertukar konsep,"katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Sherry dan Zulin bakal bergandingan dan muncul menerusi program terbaru berjudul Diva di TV9 bermula 17 Januari depan.
Baca : Hubungan Fazura dan sam kian bertambah baik

Sumber : murai.com.my