Showing posts with label Awie Mahu Bersedekah Derma Organ. Show all posts
Showing posts with label Awie Mahu Bersedekah Derma Organ. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Awie Mahu Bersedekah Derma Organ

Penyanyi rock Awie berjanji untuk mendermakan segala organ pada badannya kepada mana-mana pihak yang memerlukan apabila dia meninggal dunia kelak.


Awie Mahu Bersedekah Derma Organ, info, terkini, hiburan, sensasi, Awie, gossip,

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, langkah menderma organ adalah satu perbuatan mulia kerana ia merupakan amal jariah yang besar maknanya.

”Saya merasakan menderma organ itu amat baik kerana ia benar-benar dapat membantu mereka yang memerlukan organ,” katanya seperti dipetik The Star pada Rabu.

Terdahulu pada Isnin lalu Awie meluahkan keinginannya untuk menderma organ pada program derma darah dan organ anjuran Politeknik Kota Bahru, Kelantan.

Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dalam pada itu tambah Awie, mendermakan organ selepas seseorang itu meninggal dunia seperti melakukan sedekah.

”Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah,” katanya.

Awie meminta agar lebih ramai individu melakukan amalan berkenaan kerana ia dapat membantu banyak pihak yang menderita.

Sesiapa yang berhasrat menderkan organ masing-masing bolehlah melayari www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan

Sumber : mstar.com.my