Showing posts with label Azwan Ali Yakin Program Realitinya Meletop!!. Show all posts
Showing posts with label Azwan Ali Yakin Program Realitinya Meletop!!. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Azwan Ali Yakin Program Realitinya Meletop!!

Pengacara Sensasi Azwan Hj Ali yakin program realiti yang disertai bakal mengemparkan industri penyiaran negara bersama dengan peserta-peserta yang lain.


Azwan Ali Yakin Program Realitinya Meletop!!, info, terkini, hiburan, sensasi, Azwan Ali


Meskipun program realiti tersebut bukan di bawah arahannya tetapi ia memberikan satu suntikan baru kepada sebuah program televisyen tempatan.

“Saya akui sekarang ini masih lagi dalam sesi penggambaran, nama program tersebut saya tidak mahu mengulas lanjut serta disiarkan di stesen TV mana saya pun tak mahu komen,”

“Paling utama yang saya ingin tegaskan di sini, walaupun saya dicaci, dihina dan diherdik dengan pelbagai persepsi negatif, program realiti terbaru ini membuktikan Azwan Ali masih lagi berbisa,” ujarnya dihubungi.

Dalam program tersebut terdapat pelbagai cabaran, tugasan serta permainan minda yang perlu diselesaikan dan ada yang mengaitkan program ini ala-ala Running Man yang menjadi kegemaran seluruh dunia.

“Apa Running Man?? Apa tu, itu mereka yang cakap bukan saya, tapi saya tetap yakin program ini mantap. Walaupun saya sudah berusia nak masuk ke usia 50an, kemunculan saya dalam program ini memberi tamparan kepada pedatang baru,” seloroh Azwan.

Dalam pada itu, Azwan Ali turut memuji tenaga produksi yang menjayakan program ini, mereka sangat profesional serta menepati masa sekaligus mendisplinkan dirinya juga.

“Tenaga produksi yang berkerja yang diluar kotak minda, saya kagum dengan mereka untuk menjayakan program ini, yang penting Azwan Ali akan muncul berpuluh-puluh episod, bukan ‘standard’ drama okay.

“Kalau nak tahu program apa yang duk canangkan ni, silalah tunggu terutama kepada haters ‘I’ yang tak sabar nak beri komen, tunggu jangan tak tunggu,” kata Azwan mengakhiri bicara. 

Sumber : murai.com.my