Showing posts with label Bekas Suami Abby Abadi. Show all posts
Showing posts with label Bekas Suami Abby Abadi. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Bekas Suami Abby Abadi, Farhan Sedia Jadi Pelakon

Bekas suami kepada Abby Abadi, Farhan atau nama penuhnya Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon.

Bekas Suami Abby Abadi, Farhan Sedia Jadi Pelakon, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Abby Abadi, Noor Farhan

Farhan sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

Dulu ketika berkahwin Farhan sememangnya berhasrat menceburi bidang seni namun ditentang oleh Abby Abadi.

Selepas bercerai dengan Abby Abadi, Farhan ada menerima tawaran berlakon namun telah di tolak kerana masa tidak sesuai.

Kini Farhan bersedia menceburi bidang seni & lakonan dan telah membuat persedian secukupnya.

Ini komen Farhan:

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," 

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai,"

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," mStar


Baca : Adlin Aman Ramlie Larang Emelda Rosmila Berlakon