Showing posts with label Diana Rafar Sahkan Fail Perceraian Ke Atas Zamarul Hisham. Show all posts
Showing posts with label Diana Rafar Sahkan Fail Perceraian Ke Atas Zamarul Hisham. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Diana Rafar Sahkan Fail Perceraian Ke Atas Zamarul Hisham Petang Tadi

Sebelum ini banyak kali kedengaran tentang hubungan antara pelakon Zamarul Hisham dengan isterinya Diana Rafar yang semakin renggang, namun kedua-dua mereka menafikan perkara ini. Gosip ini mula timbul tidak lama dulu apabila Diana dilihat jarang memuat naik gambar suami ke laman Instagramnya dan sering menghadiri majlis atau program seorang diri.

Diana Rafar Sahkan Fail Perceraian Ke Atas Zamarul Hisham, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Diana Rafar, Zamarul Hisham

Namun hari ini Berita Harian Online memberitahu bahawa Diana telah pun memfailkan perceraian ke atas Zamarul. Ini telah disahkan oleh Diana sendiri:

    Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi.

Hanya mereka saja yang tahu apa sebenarnya yang bergolak dalam perkahwinan mereka buat masa ini.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2009 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal. Malam tadi, Zamarul melalui akaun Instagramnya menyatakan tidak dapat menghabiskan makan malam dengan Diana dan anak mereka dan meminta maaf.

Kebelakangan ini kisah selebriti bercerai semakin kerap didengari. Bersamalah kita doakan yang baik-baik saja untuk pasangan ini. Mungkin keduanya sudah berusaha dan Diana merasakan ini jalan terakhir untuk hubungan mereka.

Sumber : beautifulnara.com