Pelakon dan penyanyi , Eira Syazira mendedahkan selama ini suaminya yang lebih dikenali sebagai seorang pelakon dan pelawak, Azad Jazmin merupakan guru vokal yang banyak mengajarnya dalam bidang nyanyian.
Eira Syazira memberitahu ramai yang tidak tahu sebenarnya Azad mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan dia juga pernah menyertai program realiti TV iaitu, Audition di NTV7 beberapa tahun lalu.
"Saya yakin dengan bakat Azad untuk menyanyi,maka dengan itu kami berkeputusan untuk hasilkan album duet.”
“Azad juga yang banyak mengajar saya menyanyi dengan teknik vokal yang betul, saya tak sangka dia memang mempunyai ilmu dalam bidang nyanyian,” katanya kepada portal Murai.com.my
Pasangan ini ditemui selepas majlis pelancaran album mereka iaitu Azadeira yang berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, tadi.
Dalam pada itu, Azad turut memberitahu album itu dihasilkan selepas menerima permintaan daripada peminat yang sukakan lagu duet mereka iaitu Dua Hati Satu Jiwa yang pernah dinyanyikan di majlis perkahwinan mereka.
"Pada mulanya album ni hanya album Eira sahaja tetapi bila Adi Priyo (vokalis sixth sense) yang mencipta kebanyakan lagu-lagu dalam album ini, Adi sedar akan bakat nyanyian saya, lantas memberi cadangan supaya kami membuat album duet,” seloroh Azad.
"Gementar juga pada mulanya tetapi setelah mencuba saya sendiri tak sangka boleh terhasilnya album ini.
"Kami hasilkan album ini memang sepenuh jiwa kami dan selebihnya kami berserah dan tawakal sahaja apa yang akan berlaku selepas ini. Lagipun album ini pun merupakan sebahagian daripada permintaan peminat kami yang rindukan nyanyian kami," ujarnya.
Album Azadeira tersebut memuatkan 5 buah lagu kesemuanya yang bukan sahaja diciptakan sepenuhnya oleh Adi malah mendapat sentuhan komposer Panji Sakti juga.
Lima buah lagu tersebut adalah Dua Hati Satu Jiwa, Prasasti Cinta, Nafas Hidup, Tersedar Aku dan Sajak Dari Hati.
Baca : Shila Amzah Dipilih Sebagai Ikon Puteri UMNO

Sumber : murai.com.my