Showing posts with label Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini. Show all posts
Showing posts with label Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini

Fad Bocey yang dikhabarkan mempunyai kekasih ekoran beberapa foto mesra bersama seorang gadis cantik  tersebar di Internet bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya pada tanggal 14 Mac ini.


Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, Fad Bocey,

Majlis pernikahan  akan diadakan di Jitra, Kedah iaitu kediaman kekasihnya Nur Syahirah yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula bakal berlangsung di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada tanggal 23 Mei 2015.

    Saya akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac ini dengan kekasih saya iaitu Nur Syahirah di kediamannya di Jitra, Kedah.

    Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya.

Fad yang menyifatkan kekasihnya seorang yang memahami dan mudah untuk dibawa berbincang  kali pertama bertentang mata dengan Nur Syahirah apabila menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013, dimana kekasihnya itu merupakan adik angkat kepada Jihan Muse.

    Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM2013, dia selalu datang ke program MLM2013 untuk menemani Jihan Muse dan daripada situ saya sudah mula terpikat.


Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, Fad Bocey,

Menerima restu daripada ibu bapa pihak perempuan, Fad dan Nur Syahirah membuat keputusan untuk berkahwin meskipun baru 5 bulan menjadi pasangan kekasih .

Tahniah kami ucapkan kepada Fad Bocey dan kekasihnya. Kahwin di usia muda adalah satu perkara yang baik sebenarnya, sudah tertulis jodoh kalian untuk  bersama lebih awal. Semoga perkahwinan anda berdua akan kekal bahagia selamanya. Tolak ansur dan jujur kepada pasangan adalah kunci utama kebahagiaan.


Sumber : beautifulnara.com