Amelina. Ya hangat kisah penyanyi ini sekarang. Dulu lepas kahwin dia terus hilang dan sekarang selepas punya enam orang anak, kini Amelina kembali dengan semangat baru.
Ramai yang ternanti-nantikan wajah dan perkembangan terbarunya. Antara yang menarik perhatian ramai adalah cerita Amelina di dalam Majalah Nona.
Ujar Amelina, dia segan apabila ada orang bercakap, ‘kesian Amelina dah macam makcik-makcik’. Walhal umurnya baru 40 tahun.
Patutlah dalam majalah Nona ini, Amelina melaram sakan. Dah tak nampak macam makcik-makcik tapi dah macam diva dangdut. Yes selamat kembali Amelina.