Showing posts with label Hollywood supermodel. Show all posts
Showing posts with label Hollywood supermodel. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Rahsia kecantikan kecemasan Kate Moss

Bakal menginjak usia 41 tahun pada Januari tahun hadapan, supermodel Kate Moss masih kelihatan jelita dan menjadi pilihan pereka fesyen ternama.


Rahsia kecantikan kecemasan Kate Moss, info, terkini, hiburan, supermodel Kate Moss, Hollywood supermodel, kate moss

Dipetik daripada Marie Claire, Moss sempat berkongsi persiapannya untuk menyambut Hari Krismas serta rahsia kecantikan kecemasan yang diamalkan olehnya jika kelihatan letih.

"Jika saya bangun pada waktu pagi dan kelihatan penat atau wajah saya sembam, saya akan isikan ais dan timun dalam sinki. Kemudian rendamkan wajah saya buat seketika. Ia membuatkan wajah anda kelihatan segar dan menganjalkan kulit serta-merta.

"Selain daripada itu, saya juga mengamalkan pengambilan jus kerana ia membuatkan mata bercahaya dan rambut anda bersinar," ujarnya.

Moss juga gemar menggunakan penjagaan kulit berasaskan minyak pada waktu malam kerana ia memberikan kesegaran serta membaik pulih kulit wajah anda.


Rahsia kecantikan kecemasan Kate Moss, info, terkini, hiburan, supermodel Kate Moss, Hollywood supermodel, kate moss


Bercerita tentang solekan sempena Hari Krismas, Moss memberitahu regim kecantikannya sentiasa berubah untuk setiap parti. Namun dia suka memakai gincu berwarna merah terang dan pembayang mata metalik agar tampil bergaya.

Selain daripada itu, Moss juga sukakan parti Krismas yang mempunyai tema kerana dia boleh menampilkan imej yang jarang sekali digayakannya.

Baca : Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Mangsa Rogol Peminat 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif