Sepatutnya hari ini Zarina Zainuddin akan mengadakan satu sidang media untuk memperkenalkan suami dan madu yang telah berkongsi hidup dengannya selama 21 tahun. Mengikut perancangan, mereka bertiga bakal bersanding untuk menyambut ulangtahun perkahwinan masing-masing.
Namun menghormati tragedi banjir dan nasib mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia, Zarina Zainuddin telah mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis-majlis tersebut. Satu langkah yang amat bijak dan penuh berhemah daripada pelakon ini.
Nampaknya para peminat terpaksalah menunggu lama sedikit untuk mengetahui identiti suami dan madu Zarina Zainuddin. Abang Nara tertarik membaca punca sebenarnya Zarina mahu memperkenalkan identiti 2 orang penting di dalam hidupnya. Rupa-rupanya ramai lelaki gatal di luar sana yang ingin mengorat dirinya. Tak boleh salahkan mereka. Zarina memang seorang ‘hot mom’. Kata Zarina:-
Dek jarang memuat naik gambar suami di laman sosial dan hanya memuat naik gambar bersama anak saja, ramai pula yang fikir bukan bukan.
Sampai satu tahap orang ingat saya sebenarnya janda. Biasalah bila tak pernah tayang suami di khalayak ramai, mulalah orang berteka teki.
Lebih teruk apabila saya yang turut bekerjaya sebagai ahli perniagaan, ada pula lelaki yang mula ambil kesempatan dan menggatal. Yalah atas dasar kerja, saya beri nombor telefon bimbit tanpa prejudis.
Saya pun sudah minta izin suami dan madu untuk mengadakan majlis berkenaan. Dulu di awalan perkahwinan biasalah kalau tak sebulu dengan madu.
Tapi sekian lama saya dan madu sudah okey. Perlahan lahan saya cuba masuk hidupnya dan begitu juga dengan madu. Alhamdulillah saya tahu kedudukan saya sebagai isteri kedua.
Kini hubungan dengan madu semakin baik termasuk keluarga masing masing

Sama-samalah kita nantikan tarikh baru dari Zarina Zainuddin untuk majlis pengenalan suami dan madunya. Tak sabar nak menanti.
Sumber : Berita Harian.