Showing posts with label Hubungan Fazura-Shaheizy Sam Tambah Baik. Show all posts
Showing posts with label Hubungan Fazura-Shaheizy Sam Tambah Baik. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Hubungan Fazura-Shaheizy Sam Tambah Baik Selepas FUTF?

Siaran lima episod program realiti Facing Up To Fazura (FUTF) yang menampilkan aktres terkenal Nur Fazura Sharifuddin telah melabuhkan tirainya semalam, Ahad. Memaparkan kehidupan seharian selebriti popular tersebut, rancangan berdurasi 30 minit itu ditayangkan di saluran E! di seluruh rantau Asia.

Hubungan Fazura-Shaheizy Sam Tambah Baik, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, fazura, shaheizy sam

Terlebih dahulu pada Sabtu lepas, sebuah acara pratonton episod kelima iaitu yang terakhir telah berlangsung di GSC Signature, The Gardens Mall dan Fazura sendiri telah ditampilkan untuk beramah mesra dengan penonton bertuah serta rakan media.

Selain kisah pahit yang membabitkan persahabatan diantara Fazura dan Sara Ali, episod cinta yang mengimbau semula detik manis diantara aktres ini dengan bekas kekasih Shaheizy Sam, terus diperkatakan dan nyata ia mengusik memori diantara hero dan heroin Manisnya Cinta Di Cappadocia ini.

“Dalam episod ketiga itu pun saya cuba menjelaskan tentang bagaimana Fazura berdepan dengan situasi dimana komitmen kerja iaitu kerana filem Manisnya Cinta Di Cappadocia membawa saya bertemu semula dengan bekas teman lelaki, itu saja.

“Kami berpisah dulu dengan cara baik, walaupun begitu hanya selepas perjumpaan semula untuk rakaman rancangan realiti ini membuatkan kami lebih rapat dan selesa.

“Saya dan Sam kami masing-masing mempunyai cara tersendiri berdepan dengan situasi dimana kami kini bekas pasangan bercinta.

“Sejujurnya, selepas berpisah kami jarang berhubung dan kerana Facing Up To Fazura hubungan sebagai bekas kekasih itu jadi lebih ‘sihat’,”jelas Fazura apabila disoal media mengenai kisah cintanya dengan Shaheizy Sam yang dipaparkan dalam minisiri tersebut.

Fazura turut mengakui bahawa antara kejayaannya membawakan watak Ifti Liyana dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu juga dibantu posisi dirinya yang ketika itu merupakan wanita yang dicintai Shaheizy Sam atau Nazmi watak lakonannya dalam filem tersebut.

Baca : Amar Baharin kini bercinta dengan seorang penyanyi  

Sumber : murai.com.my