Alhamdulillah. Seorang lagi selebriti kita akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pengacara Selamat Pagi Malaysia dan penyanyi, Iesya Toh akan menamatkan zaman solonya dengan Huzairee Mohamad pada pagi 29 Mei ini. Iesya Toh telah mendedahkan gambar bakal suaminya itu kepada pihak umum. Perkahwinan Iesya Toh Terima Tajaan RM1 Juta benar-benar mengejutkan ramai pihak. Mana taknya satu jumlah yang banyak tuuu.
Menurut beberapa sumber, bakal suaminya itu berasal dari Negeri Sembilan dan bekerja sebagai usahawan dan kontraktor. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 30 Mei di Padang Angkasapuri RTM dan majlis bertandang pula di Lavender Heights, Seremban pada 7 Jun.
Berkongsi ceritanya, Iesya atau nama penuhnya, Nos Iesyatirradiah Sanny Toh mengenali Huzairee pada Jun 2013 di Uptown Damansara. Ketika itu wanita berusia 30 tahun itu ditemani sepupunya manakala Huzairee bersama kawannya.
“Kiranya kami kenal atas kawan. Lucunya pada hari pertemuan itu, kami tak bertukar nombor telefon. Tapi dia beranikan diri minta nombor telefon saya daripada kawan yang menemaninya malam itu.
“Dua bulan perkenalan kami, dia berhasrat untuk meminang dan menyunting saya sebagai permaisuri hatinya. Tapi saya katakan kepadanya nanti dulu. Jadi hanya merisik dulu. Malah sepanjang Ramadan pada 2013 pun kami tak ketinggalan bertarawih bersama.
“Dia jadi imam untuk saya dan keluarga. Suaranya mengalunkan ayat suci pun sangat sedap. Maklumlah orang belajar sekolah agama. Dalam tempoh perkenalan kami, saya tak putus melakukan solat istikharah untuk minta petunjuk. Alhamdulillah dia jodoh saya,” katanya.

Tambah Iesya Toh, bakal suaminya itu tidak pernah lupa memberi ucapan sempena ulang tahun perkenalan mereka.
“Dia jaga waktu solat. Paling penting dia bujang dan stabil dari segi kerjaya. Itu antara sebab saya memilihnya sebagai bakal suami,” kata wanita berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini.
Kata Iesya, pihak lelaki akan menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 pada majlis pernikahan mereka nanti. Mengenai bulan madu pula, pasangan itu memilih berbulan madu di Sepanyol.
TAHNIAH diucapkan ! Diharapkan majlis yang diadakan nanti berjalan dengan lancar dan semoga perkahwinan yang didirikan nanti kekal hingga akhir hayat.
Sumber : gosipmalaysia