Showing posts with label Ifa Raziah Berkemungkinan Tarik Diri. Show all posts
Showing posts with label Ifa Raziah Berkemungkinan Tarik Diri. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

Ifa Raziah Berkemungkinan Tarik Diri Dari Konsert Akhir Gegar Vaganza

Ramai kini yang sudah maklum dengan kesihatan penyanyi dangdut, Ifa Raziah yang sedang terlantar di hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru sejak awal minggu ini.


Ifa Raziah Berkemungkinan Tarik Diri, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, ifa raziah,

Semuanya bermula ekoran batuk berterusan hampir sebulan hingga menyebabkan penyanyi tersebut terpaksa ditahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, Kuala Lumpur.
Yang kasihan apabila Ifa telah pun berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza yang akan berlangsung Ahad ini.

Dan tidak dinafikan Ifa antara peserta yang berjaya menghidupkan program terbitan Astro itu dan dia dia digelar sebagai Diva Kekwat.

Ini kerana Ifa sering tampil dengan persembahan menarik dan penuh drama selain suka menjawab komen juri terutama daripada Datuk Ramli MS.

Namun penyakitnya itu turut menjejaskan sesi latihannya untuk persiapan ke program akhir Gegar Vaganza.

Difahamkan, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, tidak sempat pulih sepenuhnya untuk terlibat pada pertandingan akhir tersebut.

Malah doktor turut menasihatkan dirinya untuk menarik diri. Iyalah, jangkitan paru-paru ini bukan penyakit main-main. Kena sembuh betul-betul baru boleh jalani kembali kehidupan seharian.

Apa pun terserah pada Ifa untuk buat keputusan. Kalau sudah bukan rezeki bergelar juara dan dapat wang tunai wang RM100,000, bersabar sahajalah.

Sementara itu, selain Ifa, lima lagi artis yang layak ke Konsert Akhir Gegar adalah Haleeda, Mamat Exist, Fazli Zainal, Ayai Illusi dan Rahmad Mega.

Baca : Afdlin Shauki Kritik Sebahagian Misi Bantuan Banjir 

Sumber : kamithemedia.blogspot.com