Showing posts with label KRU Bakal Terbitkan Single Caliph Buskers!. Show all posts
Showing posts with label KRU Bakal Terbitkan Single Caliph Buskers!. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Edry: KRU Bakal Terbitkan Single Caliph Buskers!

Komposer Edry Abdul Halim akui bahawa pihak KRU bakal mengambil Caliph Buskers menjadi artis naungan mereka, sekaligus menerbitkan sebua single untuk kumpulan muzik jalan yang dianggotai 6 orang ahli yang terdiri daripada insan-insan istimewa cacat penglihatan itu.


KRU Bakal Terbitkan Single Caliph Buskers!, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, caliph Buskers

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Edry yang jua ketua kumpulan Mojo di dalam majlis sidang media Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), sejurus selepas berakhirnya pengumuman pemenang di dalam acara malam kemuncak anugerah yang mempertandingkan lagu-lagu terbaik industri muzik Malaysia sepanjang 2014.

"Ya kita sudah pun bercadang untuk mengambil Caliph Buskers menjadi artis naungan KRU dan kita akan terbitkan single mereka.

"Apa yang pasti mereka telah membuat persembahan yang cukup baik sekali dan ramai yang tersentuh melihat persembahan mereka.

"Malah, saya sendiri pun tak dapat nak menahan sebak apabila bagaimana Azmi Saat (vokalis Caliph Buskers) berjaya mencapai notasi lagu ini dengan begitu sempurna.

"Alhamdulillah, hasil usaha Azmi dengan Caliph Buskers, akhirnya Mojo berjaya memenangi Persembahan Terbaik di AJL29. Saya rasa ia satu pencapaian yang cukup terbaik buat Mojo dan terima kasih kepada Azmi Saat serta Caliph Buskers.

"Untuk pengetahuan semua, key asal yang dibawakan penyanyi sebelum ini adalah F# tetapi key yang dibawakan Azmi adalah lebih tinggi lagi iaitu G#. Bayangkan, dengan satu key yang lebih tinggi, Azmi dapat membawakan lagu ini dengan begitu baik dan hebat sekali hingga mendapat standing ovation serta tepukan gemuruh daripada penonton di stadium," kata Edry kepada portal Murai.

Kata Edry lagi, Azmi dengan Caliph Buskers memang tidak tahu berapa ramai yang menonton mereka dan berapa ramai yang memberikan standing ovation serta tepukan gemuruh untuk mereka.

"Bila saya kasitau bahawa ramai yang sedang melihat dan menonton mereka, baru mereka tahu bagaimana keadaan di dalam stadium ini," katanya lagi.

Menurut Edry lagi, hati kecilnya sudah pun berkata bahawa Caliph Buskers akan menjadi trending di AJL29 sebaik saja mempersembahkan lagu Romancinta bersama Mojo.

"Benar anggapan saya. Sebaik saja saya mendapat mesej daripada Norman (KRU) bahawa Caliph Buskers jadi trending dan juga komen-komen yang saya terima daripada rakan-rakan yang menghantar mesej di telefon bimbit saya, ia sudah cukup membuktikan bahawa ramai yang terkesan dengan persembahan Mojo bersama Calip Buskers malam tadi," katanya lagi.

Sumber : murai.com.my.