Showing posts with label Kamal Adli Nafi Bawa Emma Jumpa Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Kamal Adli Nafi Bawa Emma Jumpa Keluarga. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

Kamal Adli Nafi Bawa Emma Jumpa Keluarga

Baru-baru ini timbul spekulasi dan juga khabar angin yang mendakwa Kamal Adli telah membawa Emma Maembong berjumpa dengan keluarganya namun menurut Kamal sendiri, dia tidak mahu orang ramai memandanga hubungan mereka sebagai sepasang kekasih.


Kamal Adli Nafi Bawa Emma Jumpa Keluarga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kamal adli, emma maembong, bkeas kekasih zizan razak

“Cukup-cukuplah kata saya dengan Emma bercinta. Bosanlah gosip seperti itu. Kami kawan tetapi tidaklah rapat. Lagipun, Emma ada masalah yang belum diselesaikan lagi. Saya sebagai kawan perlu faham dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah lagi”


“Memang kami kawan baik tapi tidak ada sampai bawa jumpa keluarga. Saya pun tidak mahu marah pihak yang menyebarkan cerita itu. Sudah biasa,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Utusan Online yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem.

Jawapan yang Kamal berikan seakan-akan sudah lali dengan soalan berbaur percintaan bersama Emma. Tidak mengapalah Kamal, mungkin sekarang ini masa untuk fokus pada kerjaya dulu, bukan? Tapi memang betulkan, keluarga Kamal sukakan Emma?
Sumber : rotikaya