Semalam, kita diberitahu oleh Zizan Razak bahawa perpisahannya dengan Emma ialah disebabkan Zizan mahu membeli kereta mewah. Namun ramai yang tidak mempercayai alasan ini dan berpendapat ada sesuatu yang lain telah disembunyikan oleh Zizan.
Dan Emma juga telah membuat satu status Twitter yang mempersoalkan mengapa Zizan takut untuk memberitahu perkara sebenar.
Jadi, sebenarnya ada perkara lain yang menyebabkan Emma makan hati? Apa pun, itu kini tidak penting lagi apabila Zizan melalui status Instagramnya memaparkan gambar terbaru mereka berdua dan memberi bayangan telah berbaik semula dengan Emma.
Berkat doa peminat agaknya Emma Maembong mengambil keputusan untuk menerima Zizan semula. Diharap selepas ini, Zizan mengutamakan apa yang penting. Gaduh-gaduh ini perkara biasa dalam perhubungan, apa yang penting ialah kita sentiasa muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaiki hubungan. Semoga perhubungan anda berdua sampai ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat.
Sumber : beautifulnara.com