Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburu | Seandainya tiada perasaan cemburu, pasti hubungannya dengan Zul Ariffin ada sesuatu yang tidak kena. Demikian luahan jujur kekasih aktor itu, Gayatri Su-Lin Pillai yang mengakui 'terbuka' dalam hubungan cintanya.
Bagaimanapun, dia mengakui terkejut apabila dituduh sengaja memuat naik status sindiran di laman sosial miliknya yang didakwa sengaja ditujukan kepada Ayda Jebat. Untuk info, Ayda sebelum ini dilihat amat rapat dengan Zul gara-gara membintangi drama bersiri Rindu Awak 200%.
Akibatnya, ada segelintir peminat yang 'meminta' mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih disebabkan amat terkesan dengan lakonan pasangan ini. Permintaan tersebut selanjutnya dikatakan telah membuat Gayatri 'cemburu' dan menyindir Ayda.
"Saya tidak perlu berbuat demikian (menyindir) kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut.
"Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda," ujarnya yang bertugas sebagai Pengurus Besar Astro Shaw dipetik sebagai berkata.
Tambah Gayatri, dia sendiri tidak pasti status apakah yang dikatakan itu. Malah isu kononnya dia bersikap cemburu terhadap kemesraan Zul dan Ayda dianggapnya sebagai sesuatu yang normal kerana dia tidak terkecuali daripada perasaan itu.
"Sebagai seorang penerbit filem, saya profesional dan memahami situasi mereka yang perlu mempromosikan drama berkenaan.
"Jika saya tidak cemburu pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hibungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain," jelasnya yang mengakui hubungannya dengan Zul masih okey.
"Saya jarang bercakap soal peribadi kerana ia tidak akan berkesudahan tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih berjalan seperti biasa," katanya.
Sumber : myartis.com