Showing posts with label Mahkamah sahkan lafaz cerai terhadap Sarimah sah. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah sahkan lafaz cerai terhadap Sarimah sah. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Mahkamah sahkan lafaz cerai terhadap Sarimah sah

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Umamuddin Yunus telah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat bekas suami pelakon, penyampai radio dan pengacara Sarimah Ibrahim, Andrew John Browning atau nama Islamnya Amir Andrew Abdullah pada 15 Mei 2009 terhadap Sarimah sah mengikut syarak.


Mahkamah sahkan lafaz cerai terhadap Sarimah sah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, sarimah ibrahim

Umamuddin membuat keputusan berkenaan selepas berpuas hati dengan keterangan pasangan tersebut kepada mahkamah.

"Ia disaksikan tiga adik beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.

"Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh," katanya Sarimah yang dipetik dari Harian Metro.

Pada masa sama, Sarimah turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila prosiding kesnya selesai.

"Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan."

Sementara itu, Sarimah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April depan.

Sumber : tupai.com.my